GULAI TEMPOYAK IKAN KEMBUNG
Thursday, April 1, 2010 | (0) Leave A Comment
Ini versi gulai tempoyak Perak,agak berbeza dengan gulai tempoyak Pahang.Gulai tempoyak Perak tidak menggunakan daun kesum dan bunga kantan.Rasa tempoyaknya lebih lagi kerana tidak banyak dicampur bahan lain.Ikan gulai tempoyak sedap dicicah dengan kicap yang dicampur dengan sedikit cili padi dan bawang yang dihiris nipis dan diperah sedikit limau nipis.Pada mulanya anak-anak saya tidak begitu menggemari gulai tempoyak,hmm...bermulalah sessi pujuk- memujuk.Mengambil masa yang lama jugak untuk memujuk,bertahun juge weh oii....Alhamdullilah sekarang ni dah jadi peminat tempoyak,kalau balik Perak,opah menghidang gulai tempoyak tak ada masaalah,asalkan jangan pedas.Biasanya saya menggunakan tempoyak yang masam sedikit,gulai tempoyak yang menggunakan blender untuk mengisar semua bahan-bahan termasuk tempoyak rasanya agak berbeza dengan gulai tempoyak yang bahan-bahannya ditumbuk dengan lesung batu.Berbagai jenis ikan boleh digunakan antaranya patin,terubuk atau baung.Disini tempoyak dimakan ketika masih segar lagi (masih rasa durian lagi),selalunya dibuat tempoyak goreng sama ada dengan udang segar atau ikan bilis.
BAHAN-BAHAN
4 ekor ikan kembung
1 cawan tempoyak
5 cawan air
2 biji cili merah
2 biji cili padi
1 batang serai-diketuk sedikit
1 /2 biji timun cina(jika suka)
sedikit kunyit hidup @ 1/4 camt serbuk kunyit
garam,gula-secukup rasa
1.Tumbuk cili merah dan cili padi,tidak perlu sehingga hancur.Jika menggunakan kunyit hidup tumbuk bersama.
2.Tempoyak dan air disatukan(kalau tak suka kuah yang pekat,tambahkan air lagi),masukkan pes cili yang ditumbuk tadi atau serbuk kunyit(sekiranya menggunakan),serai dan masak sehingga mendidih selama 5 minit.
3.Sekiranya menggunakan timun ,masukkan.Biarkan sehingga timun 3/4 masak dan masukkan ikan.Biar
sehingga ikan masak dan angkat.
Labels: Ikan


