MEE GORENG
Thursday, April 1, 2010 | (0) Leave A Comment
Anda suka makan mee?Saya memang peminat mee terutamanya mee kari(versi ipoh) dan mee sup.Biasanya saya akan memasak mee(tak kiralah apa-apa jenis masakan mee) pada hari sabtu atau minggu.Kalau hari biasa saya akan masak nasi.Mee ni tak berapa pedas kerana saya hanya meletakkan sos cili aje kedalamnya.Anak-anak saya ni kalau pedas memang mereka kurang gemar,jadi terpaksalah mengikut selera mereka.Kepada yang suka pedas bolehlah menambahkan cili kisar.
BAHAN-BAHAN
500 gm mee kuning
300 gm isi ayam- didadu
10 ekor udang-dibuang kulit,dibelah dan dibuang kotoran bahagian belakang
3 ekor sotong saiz sederhana-dibersihkan dan dipotong bulat
3 ulas bawang putih-diketuk dan dicincang kasar
2 cawan taugeh
5 batang pokok sawi-dibersihkan dan dikerat
2 camb sos tomato
2 camb sos cili
2 camb sos tiram
2 1/2 camb kicap
1/2 cawan stok ayam/air
1 1/2 camb cili kisar(jika suka)
2 camb minyak
CARA MEMBUATNYA:
1.Panaskan minyak,masukkan bawang putih,masak hingga kuning.Masukkan cili kisar,biar sehingga naik baunya.Masukkan ayam,biar hingga kering airnya.
2.Setelah kering masukkan stok,sos cili,sos tomato,sos tiram dan kicap.Tunggu sehingga kuahnya agak pekat sedikit,masukkan sotong,udang dan batang sawi,biarkan mendidih sekejap sahaja.
3.Masukkan mee,gunakan api yang agak besar pada masa ini,balik-balikkan mee sentiasa,bila berasap sedikit,masukkan daun sawi dan taugeh.Angkat.Hiaskan dengan cili potong,bawang goreng dan sehiris limau.
Labels: Mee


