PEANUT BUTTER-OATMEAL COOKIES
Tuesday, April 6, 2010 | (0) Leave A Comment
Anak-anak saya memang gemar cookies,kalau ada memang tak berhenti-henti mengunyah,sampai saya naik runsing melihat tin cookies diusung kemana-mana.Kalau tak dibuat kesian pulak,asyik bertanya aje.Kepada siapa yang gemarkan cookies yang agak rangup, saya syor bakarkan lama sedikit.
BAHAN-BAHAN
100 gm tepung serbaguna
1 camt baking soda
100 gm mentega
100 gm creamy peanut butter
50 gm gula kastor
50 gm gula perang
1 camt esen vanilla
1 butir telur
35 gm rolled oats
50 gm kismis
CARA MEMBUATNYA:
1.Panaskan ketuhar pada suhu 150'C.Ayakkan tepung,baking soda dan garam kedalam mangkuk.
2.Didalam mangkuk lain pukul butter,peanut butter dan kedua-dua jenis gula hingga sebati dengan
menggunakan kelajuan sederhana.Masukkan telur dan pukul hingga sebati,masukkan esen vanilla.
3.Dengan menggunakan kelajuan perlahan masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit sehingga sebati.
4.Masukkan rolled oats dan kismis,kepada yang suka cookiesnya bersaiz besar letakkan 3camb adunan diatas baking tray,jarakkan kerana ia akan mengembang sedikit.Untuk saiz yang kecil gunakan 1 camt.
5.Bakar dalam oven selama 15-20 minit atau sehingga ia masak.Sejukkan cookies sebentar,ubahkan
keatas cooling rack.Simpan dalam bekas kedap udara.
Labels: Cookies


