Dari Dapur Mak Cik Jah
+ Follow or Dashboard


NASI AYAM BERULAM
Tuesday, April 6, 2010 | (0) Leave A Comment

                                                                                   
Kalau tengok rupa masakan macam ayam penyet yang tengah femes sekarang ni,kalau di Kuching ni boleh dikatakan kebanyakkan kedai mempunyai versi tersendiri,selain dari ayam ,ikan juga digunakan.Saya kurang menggemari sambal ayam penyet,bagi saya sambal belacan biasa lebih enak untuk dimakan dengan ulam,bermacam jenis ulam boleh digunakan,diantara kegemaran saya ialah pucuk ubi dan daun silom.Ada 3 tiga jenis pencicah iaitu kicap cili untuk tempe,sambal belacan untuk ulam dan air asam untuk ayam.

AYAM GORENG

1/2 ekor ayam-dipotong ikut suka
1 camt jintan manis
1 camt jintan putih
2 camb ketumbar
1/2 camb serbuk kari
1/2 camb serbuk sup adabi
1/2 camb serbuk kunyit
sedikit tepung beras
sedikit garam

1.Jintan manis,jintan putih dan ketumbar digoreng tanpa minyak dengan api yang perlahan hingga naik bau.

2.Tumbuk hingga lumat.Gaulkan semua bahan dengan ayam.Perapkan beberapa jam atau semalaman.

3.Golekkan dalam tepung beras dan goreng dengan api sederhana.

SAMBAL BELACAN

5 biji cili merah
3 biji cili padi
1 in belacan-dibakar sekejap
1/3 cawan air masak
asam jawa-sebesar bola ping pong
2 camt gula
1/2 camt garam
sedikit jus limau nipis(jika suka)

1.Patah-patahkan cili,kepada yang tidak suka makan pedas bolehlah dibuang biji cili.Tumbukkan cili dan belacan didalam lesung hingga lumat.masukkan gula,garam dan air asam jawa dan sedikit jus limau nipis.

2.Jika menggunakan blender,masukkan semua sekali dan kisar.

AIR ASAM

2 biji cili merah
1 in belacan-dibakar sekejap
3 biji bawang merah-dimayang nipis
1 biji tomato -didadu kecil
1 biji bawang besar-dimayang nipis
3 biji cili padi-potong nipis
sedikit jus limau nipis
1/2 cawan jus asam jawa
garam,gula

1.Tumbuk cili merah dan belacan,jangan hancur sangat.Masukkan tomato,bawang besar,bawang merah
dan cili padi.Tumbuk sekejap sahaja untuk memesrakan bahan.JANGAN tumbuk sehingga hancur.

2.Keluarkan dan masukkan kedalam mangkuk,masukkan air asam,jus limau.Perasakan garam dan gula.
Jangan terlampau masam ,takut ada yang sakit perut nanti.

*air asam ni boleh ditambah dengan sedikit kerisik,sedap dimakan dengan daging bakar dan ikan bakar.

SUP AYAM SIMPLE

3 lt air
1 in halia tua-diketuk
4 bawang putih -diketuk
1 kiub stock ayam(jika suka)
beberapa ketul ayam @ rangka ayam
garam,lada sulah
sedikit daun sup dan bawang

1.Jerang air sehingga mendidih,masukkan halia,bawang putih dan ayam.Bila mendidih masukkan kiub,
dan sedikit lada sulah.Renihkan selama 1 jam.

2.Taburkan daun sup dan bawang ketika menghidang.

*Saya lebih gemar memasak sup yang simple yang tidak menggunakan rempah ketika menyediakan nasi ini,maklumlah ayam dah berempah,sambal pulak pedas sekurang-kurangnya dapatlah sup ini menyejukkan sikit perut.

   Hidangkan bersama nasi putih yang masih panas,ulam pilihan anda,sedikit tempe dan tauhu goreng.


Labels: ,


Older Post | Newer Posts