Dari Dapur Mak Cik Jah
+ Follow or Dashboard


MARBLE CHEESECAKE
Friday, April 2, 2010 | (0) Leave A Comment


Bila lagi mama nak buat cheesecake?Mama ni masih lagi kena virus malas nak oii..,nanti mama buatkan ya.Setelah didesak terpaksa jugaklah mengalah.Cheesecake memang menjadi kegemaran kami sekeluarga.Lihatlah tepi cheesecake, macam permukaan bulan, tak berapa smooth,maklumlah dah tak sabor-sabor nak makan.Sekejap benor dia bermastautin kat dalam fridge tu,rasanya agak creamy dan gebu,kepada yang suka cheesecakenya agak padat sedikit boleh menyimpannya didalam fridge sekurang-kurangnya sehari.Boleh juga menggantikan serbuk koko dengan cooking chocolate sebanyak 50 gm(cairkan dengan cara double boiling) dan disudukan diatas adunan cream cheese,lorekkan.

BAHAN-BAHAN

   Base
   375 gm biskut marie(dikisar halus)
   180 gm mentega-dicairkan

   Filling
   1 kg cream cheese
   160 gm gula kastor
   1 camt esen vanilla
   40 gm tepung jagung
   400 ml uht whipping cream
   4 butir telur
   2 camt jus lemon(jika suka)
   11/2 camb serbuk koko
   
CARA MEMBUATNYA:

1.Panaskan oven pada suhu 140C.Campurkan biskut marie dan mentega yang telah dicairkan.Tekan ke dalam loyang 9"(loose-base).Sejukkan dalam fridge.

2.Pukul cream cheese dan gula hingga berkrim.Masukkan cream,vanilla dan tepung jagung.Pukul hingga sebati.Akhir sekali masukkan telur sebiji demi sebiji.

3.Ambil 1/4 cawan adunan dan campurkan dengan serbuk koko.

4.Tuangkan adunan cream cheese keatas base tadi,sudukan adunan coklat  dan lorekkan dengan pisau mentega atau lidi.

5.Bakar secara steam bake selama 70-75 minit.Bila telah masak biarkan kek sejuk didalam oven dengan tertutup selama 1 jam.

6.Sejukkan selama semalaman didalam fridge.Potong dengan menggunakan pisau yang direndam didalam air panas,lap pisau selepas setiap kali memotong.

Labels:


Older Post | Newer Posts