Dari Dapur Mak Cik Jah
+ Follow or Dashboard


QUICHE AYAM DAN KENTANG
Monday, April 5, 2010 | (0) Leave A Comment


Hari ni saya nak share satu resepi,resepinya simple aje,tapi boleh letak banyak sayuran.Sesiapa yang ada anak yang susah makan sayur bolehlah lambakkan sayur dalam quiche ni,boleh gunakan mix vege kalau suka.Custardnya tak berapa "rich" kerana saya tidak menggunakan cheese,cuma diletakkan sedikit mayonis.Untuk basenya saya menggunakan resepi Rachel Allen,rasanya boleh tahan,tapi tak sesedap yang dicampur dengan cheese,disini agak sukar untuk mendapatkan cheese seperti mozarella atau parmesan yang ada tanda halal,nak buat pizza pun dah lama terbantut disebabkan tak ada cheese ni.

BAHAN-BAHAN

Base
300 gm tepung "All purpose"
150 gm mentega beku(unsalted butter) -dipotong kiub
secubit garam
2 butir telur-dipukul sedikit

Custard
1 cawan susu segar
1 cawan cream
3 butir telur
4 camb mayonis
sedikit garam

Inti
300 gm isi ayam-dipotong kiub
3 biji kentang-didadu
2 biji carrot-didadu
1 biji bawang besar-didadu
60 gm cendawan butang-dihiris
1 camb butter
garam, lada hitam- secukup rasa
3/4 cawan air

CARA MEMBUATNYA:

1.Gaul dan ramaskan mentega dan tepung sehingga menjadi seperti serbuk roti,gunakan hujung jari,lakukan dengan pantas supaya mentega tidak cair,jika terjadi masukkan sekejap dalam fridge sehingga mentega agak keras sedikit.

2.Masukkan 1/2 telur kedalam adunan tepung,kacau dengan garfu,masukkan sedikit demi sedikit telur sehingga menjadi doh,jangan uli!simpankan lebihan telur.

3.Balutkan doh dengan plastic wrap,leperkan sedikit dan simpan didalam fridge selama 20 minit.

4.Panaskan butter hingga cair, masukkan ayam,kacau sekejap hingga airnya kering.Masukkan kentang,carrot,cendawan butang,kacau sekejap dan masukkan air.Perasakan dengan garam dan lada hitam.

5.Tunggu sehingga air kering,masukkan bawang besar.Angkat dan sejukkan.

6.Keluarkan doh dari fridge,canaikan.Gunakan acuan 10 inci,cucukkan doh dengan garfu.Alas dengan
aluminium foil dan letakkan beras diatasnya.Bakar dengan suhu 180C selama 15-20 minit.

7.Keluarkan beras dan aluminium foil,sapukan base dengan lebihan telur tadi,bakarkan selama 5 minit lagi.Sejukkan.

8.Campurkan semua bahan custard kedalam blender,kisar dan tapiskan.Buangkan buih yang kelihatan.

9.Letakkan inti kedalam base yang telah disejukkan.Tuangkan custard dan bakar selama 50-60 minit
pada suhu 170C atau sehingga atasnya berwarna sedikit perang dan agak pejal bila dipegang.

10.Sejukkan dan hidang.

Labels:


Older Post | Newer Posts