UDANG GORENG TEPUNG BEREMPAH
Tuesday, April 6, 2010 | (0) Leave A Comment
BAHAN-BAHAN
25 ekor udang sederhana besar-dibuang kepala dan kulit,tinggalkan ekornya sahaja
sedikit garam,gula dan lada hitam
1/2 cawan tepung naik sendiri
1/4 camt garam
1/2 camt serbuk kari
1 camt rempah sup adabi
1/2 camb minyak masak
sedikit daun kari(jika suka)
1/2 cawan air
CARA MEMBUATNYA:
1.Perap udang,gula, garam dan lada hitam selama 20 minit.
2.Satukan tepung,garam,serbuk kari, dan rempah sup adabi.Masukkan air sedikit demi sedikit,jangan terlampau cair,nanti tak melekat pada udang.
3.Masukkan daun kari dan minyak masak,kacau hingga sebati.Pegang ekor udang dan celupkan dalam
tepung,jangan celup bahagian ekor.Goreng dalam minyak yang banyak.
4.Hidangkan segera ,sedap dicicah dengan sos cili thai atau sos cili yang dicampur sedikit mayonis.
Labels: Udang


